Kepakaran Fida adalah untuk mengEnakkan lagi bakeri tanpa membahayakan kesihatan Anda & mengEnakkan lagi wangian badan anda sampai pasangan tidak mahu keluar rumah untuk bekerja lagi.
Pilihan Berkualiti serta menyihatkan!
Dari dulu lagi fida mencari-cari vanilla extract yang halal. Setelah membuat kajian bahawa vanilla esen hanyalah perasa tiruan yang dihasilkan menggunakan bahan kimia yang penggunaan yang banyak akan menjejaskan kesihatan. Namun ia amat mengecewakan fida kerana secara komersial, vanilla extract yang semula jadi dihasilkan dari tumbuhan Vanilla Beans mengandungi alkohol dan ianya bercanggah dengan Syariah. Pencarian demi pencarian, fida tidak bertemu vanilla beans yang berkualiti, biarpun berkualiti, harganya pula terlalu mahal.
Kini, fida telah temui vanilla beans yang berkualiti dari Madagascar pada harga yang berpatutan & Fida ingin berkongsi kepada bakers semua agar mereka dapat menambahkan nilai dengan pilihan yang menyihatkan di dalam 'desserts' mereka agar pelanggan -pelanggan mereka terngiang-ngiang dengan kesedapan vanilla beans sebenar dan mendapatkan tempahan ulangan yang kembali menambah nilai poket mereka sendiri.
Bukan itu sahaja, fida dapati bahawa vanilla mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja di dalam makanan dan minuman. Ia juga antara wangian yang dicari-cari oleh penggemar vanilla di Malaysia namun pilihan wangian amatlah terhad. Maka dengan itu, dengan minat fida di dalam DIY Bodycare, fida hasilkan wangian vanilla di dalam kategori Bodycare.